Sifirdarab.Com
17 Jun 2019 | Aktiviti TerkiniPada 16 Jun lepas, staf Pusat Internet Kg Sg Imam mengadakan kelas hujung minggu iaitu kelas ulangkaji matematik sifirdarab.com. Kelas kali ini bertujuan untuk membantu mencari alternatif untuk adik-adik mengulangkaji pelajaran terutamanya subjek matematik menggunakan aplikasi atas talian. Alternatif ini membantu kerana ia memberi pelbagai pilihan sub topik dan dalam masa yang sama mengolah setiap soalan dengan pelbagai bentuk secara interaktif.
Kepelbagaian ini dapat memberi semangat dan keterujaan adik-adik yang hadir kelas pada hari itu untuk membuat ulangkaji tanpa tekanan bahkan merasa lebih seronok. Aplikasi sifirdarab.com ini boleh diakses secara percuma oleh sesiapa sahaja yang ingin membuat latih tubi matematik. Sepanjang sesi ulangkaji, staf PI memberi hadiah penghargaan kepada sesiapa yang berjaya menyiapkan tiga bentuk latih tubi matematik di dalam sifirdarab.com dengan betul dan tepat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: