Microsoft Word – Smart Art

20 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 19 Julai 2019 bersamaan hari Jumaat yang lalu, Pusat Internet Kg Sg Imam telah mengadakan kelas latihan Microsoft Word – Smart Art yang berlangsung di bilik latihan PI Kg Sg Imam yang dihadiri oleh para pelajar SK Sg Imam dan SMK Abaka. Latihan ini berlangsung selama dua jam yang bermula dari pukul 2.00 petang hingga 4.00 petang. Latihan dimulakan dengan sedikit pengenalan tentang penggunaan Smart Art yang perlu di terapkan penggunaannya.

Selain itu, salah satu kelebihan aktiviti ni diadakan adalah untuk memupuk minat peserta tentang penggunaan komputer dan Microsost Word yang harus diterapkan, serta dapat menguji kecerdasan minda untuk mengaplikasikan penggunaan Smart Art dengan bijak dan betul. Selain itu aktiviti ini dapat mengisi masa lapang mereka dengan menimba ilmu pengetahuan baru dengan melakukan aktiviti yang berfaedah dan saling bertukar pendapat sesama peserta yang lain. Disamping itu juga, dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama yang lain.

Semasa latihan ini berlangsung, peserta yang terlibat diminta untuk menunjukkan hasil kerja mereka dengan menyelitkan penggunaan Smart Art yang telah diajar setelah itu, hasil kerja yang baik akan dicetak tanda sebagai pemenang. Pada akhir sesi latihan, peserta akan diuji dengan soalan yang telah dipelajari. Tepat pukul 4.00 petang latihan telah selesai dan bersurai.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali