Which One Was Me
14 Januari 2019 | Aktiviti TerkiniPada 13 Januari yang lepas, Pusat Internet Kg Sg Imam telah mengadakan satu aktiviti iaitu ‘Which One Was Me’ yang dikendalikan oleh Staf Pusat Internet sendiri. Aktiviti ini telah dihadiri seramai lima orang peserta iaitu terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan berlangsung selama dua jam. Tujuan aktiviti ini dibuat adalah untuk memberi fahaman kepada peserta tentang aplikasi-aplikasi yang wujud di internet dan mengenalpasti simbol-simbol aplikasi yang ada dengan betul dan tepat.
Semasa aktiviti tersebut berlangsung, peserta telah diberi sedikit sebanyak pengetahuan tentang fungsi-fungsi yang ada pada setiap aplikasi yang disenaraikan seperti Facebook, Twitter dan Instagram. Selain itu peserta turut di beri fahaman tentang cara-cara penggunaan applikasi tersebut dalam kehidupan seharian dan bagaimana dengan penggunaan aplikasi berikut dapat membantu urusan harian mereka di samping ia dapat membantu seseorang itu memperolehi pendapatan sampingan dengan berniaga secara atas talian. Peserta yang berjaya menjawab simbol aplikasi dengan betul terbanyak akan diberikan hadiah daripada pihak PI.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: