INTERACTIVE JIGSAW PUZZLE

7 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 6 januari 2019 yang lepas, kelas E-learning di Pusat Internet Kg Sg Imam dimulakan dengan kelas interaktif Jigsaw Puzzle. Kelas bermula pada pukul 10.00 pagi sehingga pukul 12.00 tengahari. Kelas kali ini membawa peserta yang hadir bermain Jigsaw Puzzle secara interaktif menggunakan website proprofs.com. Dalam webite ini, pelbagai jenis permainan atas talian yang di sediakan untuk sesiapa yang mengakses. Namun kali ini, Pusat Internet Kg Sg Imam memilih Jigsaw Puzzle untuk dimainkan.

Bagi menjadikan kelas ini lebih menarik, selain bermain Jigsaw Puzzle secara interaktif dan individual, permainan kali ini dijadikan pertandingan antara yang hadir. Setiap peserta dikehendaki menyiapkan tujuh jenis Jigsaw Puzzle yang berlainan jenis dan tahap kesusahan untuk menguji kecepatan dan daya fokus mereka untuk menyusun Puzzle dengan betul. Mereka yang berjaya menyusun dengan betul dan terpantas, telah di berikan hadiah sebagai ganjaran.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali