2019 NOTE CARD (CANVA.COM)

13 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 12 Januari 2019 lepas, Pusat Internet Kg Sg Imam membuka kelas ict untuk mempelajari satu aplikasi baru yang dapat memudahkan untuk sesiapa yang ingin membuat kad, poster, banting dan pelbagai lagi benda-benda kreatif. Kali ini mereka yang datang diperkenalkan dengan aplikasi Canva.com iaitu aplikasi percuma untuk sesiapa yang ingin membuat benda kreatif tetapi tidak mempunyai kepakaran untuk mendeko sendiri. Canva.com telah menyediakan pelbagai template percuma juga berbayar untuk dipilih dan kemudian diedit mengikut kreativiti masng-masing.

Sesi kelas dilakukan secara praktikal kepada mereka yang hadir untuk memudahkan mereka memahami sendiri cara untuk menggunakan aplikasi ini. Untuk memudahkan sesi pengajaran, semua yang hadir dispesifikkan untuk membuat tema kad. Kad yang di hasilkan tidak kira kad hari jadi mahupun kad ucapan kepada rakan, keluarga mahupun yang tersayang. Mereka yang hadir diajar untuk membuka akaun di canva.com sebelum memulakan sesi mengedit dan memilih template yang mereka suka. Selesai sesi, hasil rekaan mereka telah dicetak untuk simpanan sendiri.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali