WHAT IS MICROSOFT OFFICE?

5 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 4 januari 2019 yang lepas, PI Kg Sg Imam membuka tahun baru depan kelas ict pertama iaitu pengenalan kepada asas Microsoft Office. Sesi berlangsung selama dua jam sahaja untuk memberi sedikit pengenalan dan mencerahan tentang fungsi, jenis dan kegunaan setiap Microsoft yang berlainan. Kelas kali ini dihadiri oleh pelajar sekolah rendah yang baru sahaja berjinak-jinak belajar untuk menggunkan computer dan Microsoft Office. Sesi bermula sebelah petang iaitu pada pukul 2.30 petang sehingga 4.30 petang sahaja.

Sepanjang sesi, mereka dikenalkan secara teori apa itu Microsoft Office sebelum mereka dibawa menerokai Microsoft office secara praktikal selepas itu. Sepanjang kelas, mereka dikenalkan dengan asas Microsoft Word, Microsoft Excel, Microsoft Power Point dan Microsoft Publisher. Sesi juga di isi dengan sesi soal jawab untuk memastikan mereka faham setiap yang dijelaskan kepada mereka. Selepas sesi penerangan selesai, mereka diberi soalan bertulis untuk dijawab mengenai Microsoft Office yang telah mereka pelajari selama hampir dua jam di dalam kelas. Mereka yang berjaya menjawab hampir semua soalan dengan betul, telah di beri sedikit hadiah sebagai ganjaran. 

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali