Eksplorasi Google Maps
13 Januari 2020 | Aktiviti TerkiniPada 12 Januari lepas, Staf PI Kg Sg Imam telah melaksanakan kelas ICT hujung minggu seperti biasa bersama pelajar sekolah rendah dan sekolah menegah rendah. Sesi kelas ICT kali ini memperkenalkan dan membawa para pelajar mengekplorasi kegunaan google maps dan bagaimana google maps membantu para pengguna memudahkan urusan mereka.
Sesi awal disini dengan mengadakan sesi soal jawab tentang kefahaman mereka tentang apa itu google maps sebelum staf PI mula menerangkan secara teori kepada pelajar yang datang. Bagi memberi gambaran yang lebih jelas dan terperinci, pelajar diminta untuk mengakses google maps di komputer masing-masing untuk mula mengekplorasi. Sesi terakhir adalah sesi ujian kefahaman dengan meminta pelajar untuk mencari jarak dan masa bagi tempat-tempat yang telah disenaraikan ke dalam Microsoft Word.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: