Classruum.Com

16 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Februari lepas, pihak PI Kg Sg Imam telah mula melakukan kelas E-Learning melalui classruum.com untuk memudahkan dan menambahbaik sesi pembelajaran pelajar sekolah rendah dengan bantuan sumber-sumber daripada teknologi dan website e-learning yang menarik. Sesi pertama di mulakan dengan sesi selama 2 jam dan selama 30 minit bagi setiap sesi dengan dipenuhi oleh 4 subjek utama iaitu BM, BI, Matematik dan Sains.

Pelajar yang datang dikehendaki membawa buku nota sebagai nota bulanan sepanjang inisiatif classruum.com berlangsung untuk menyimpan segala nota dan menjadi rujukan pada masa akan datang. Sesi pertama kali ini dihadiri oleh pelajar sekolah rendah Tahun 4 sehingga Tahun 6 sahaja. Sesi bermula pada pukul 10.00 pagi berakhir sekitar pukul 12.30 tengahari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali