Advokasi Kdb Hari Tentera Darat Ke 87
19 Januari 2020 | Aktiviti TerkiniPada 18 Januari lepas, PI Kg Sg Imam dan beberapa PI Tawau yang terlibat telah turun padang untuk melakukan Program Advokasi KBD bersama pihak MCMC di Padang Bandaran Tawau selama dua hari berturut-turut sempena Hari Tentera Darat ke 87. Pihak PI dan MCMC membuka booth dan pameran berkenaan Kesedaran ICT dan Klik Dengan Bijak di samping pihak PI mengisi sesi dengan melakukan promosi PI kepada orang ramai.
Sepanjang dua hari sesi advokasi, seramai hampir 600 orang pengunjung datang mengunjungi booth MCMC dan PI untuk mendapatkan maklumat tentang KDB dan kesedaran ICT daripada pihak MCMC dan PI. Mereka yang datang ke booth akan diberikan kuiz-kuiz mengenai KDB dan mereka yang berjaya akan diberikan goodies sebagai tanda terima kasih daipada pihak MCMC. Program berakhir pada pukul 5 petang di hari kedua.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: