Jelajah Kwsp Mobile Team

20 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 19 Februari lepas, pihak KWSP Mobile Team telah bekerjasama dengan pihak PI untuk membuka kaunter di PI bermula dari pukul 10.00 pagi sehingga pukul 3.30 petang. Tujuan kerjasama ini adalah ini untuk memberi kemudahan kepada pihak sekitar yang terdiri daripada suri rumah, pesara dan juga mereka yang berumur daripada 14 tahun untuk menyemak dan membuka akaun di KWSP.

Pihak KWSP mula membuka kaunter di PI sekitar pukul 10.00 pagi yang diketuai oleh Puan Aida yang datang dari KWSP Sandakan bersama petugas lain. Sepanjang hari itu, pelbagai sesi penerangan, pendaftran dan semakan dilakukan oleh pihak mereka kepada penduduk kampung yang berkesempatan untuk datang. Dalam masa yang sama, pihak PI juga mengambil kesempatan untuk melakukan sesi advokasi dan pendaftran ahli PI.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali