Future Skills For All Workshop & Soft Launch
25 Februari 2020 | Aktiviti TerkiniPada 24 Februari lepas, Digi dengan kerjasama MDEC, UNICEF & MOE telah melaksanakan bengkel microbit iaitu salah satu inisitif bagi Future Skill For All (FSFA) kepada pengurus dan penolong pengurus Pusat Internet Digi, Para guru untuk sekolah terpilih, para petugas perpustakaan Desa terpilih dan wakil pelajar daripada sekolah masing-masing. Bengkel ini memberi peluang untuk mereka yang terpilih merasa pengalaman dan pendedahan awal menggunakan microbit dan mempelajari aturcara melalui laman web future skill, google classroom dan laman web makecode.com. Sesi bengkel bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir sekitar pukul 1.00 tengahari.
Sepanjang bengkel, Cik Alina memantau dan mengetuai sesi penerangan untuk memberi kefahaman kepada guru-guru dan para petugas Pusat Internet dan Perpustakaan Desa bagi memudahkan sesi pengajaran dan pelaksanaan apabila kembali ke premis masing-masing. Pada sebelah petang, majlis pelancaran Future Skills For All dilakukan oleh YB Jennifer Lasimbang, Pembantu Menteri Kementerian Pelajaran dan Inovasi Negeri sabah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: