Live Bersama Usahawan PIK Digi Sabah

17 Oktober 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Oktober lepas, Enam PIK Digi Sabah yang terdiri daripada PIK Sungai Imam, Botition, Bum-Bum, Bubul Lama, Sungai Kayu dan Batu Sapi telah berkolaborasi bersama dengan usahawan PIK kawasan masing-masing dengan tujuan untuk membantu para usahawan mempromosikan produk mereka kepada lebih banyak bakal pelanggan yang berpotensi membeli produk mereka. Disamping para usahawan sendiri yang mempromosikan produk mereka, Pengurus dan penolong pengurus juga membantu mempromosikan produk mereka secara langsung melalui Facebook Live. Melalui pendekatan ini, PIK berusaha menempatkan produk usahawan PIK bukan sahaja di kawasan mereka tetapi juga ke daerah Semporna dan Sandakan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali