Shopee University-Mulakan Bisnes E-Dagang Anda Bersama Shopee X MCMC
3 Ogos 2021 | Aktiviti TerkiniSKMM (MCMC) dengan kerjasama pihak Shopee Malaysia menganjurkan satu bengkel dari pada Shopee University iaitu Mulakan Bisnes E-dagang Anda Bersama Shopee X MCMC pada 2 Ogos 2021 (Isnin). Bengkel melibatkan Pengurus Pusat Internet Komuniti seluruh Malaysia dan wakil-wakil usahawan daripada PIK yang terlibat. Bengkel dikendalikan oleh seorang Pelatih dari Shopee University iaitu Atika. Intipati bengkel ini adalah sesi perkongsian tunjuk ajar langkah demi langkah untuk para usahawan memulakan perniagaan mereka menggunakan platform Shopee.
Antara perkongsian yang dikongsikan oleh Cik Atika ialah cara menyediakan profil kedai usahawan, contoh ciri-ciri kedai yang bagus, klasifikasi produk yang boleh dipasarkan dan dikelaskan ketika membuka kedai di Shopee dan cara untuk menetapkan detail produk berserta timbangan untuk proses pengeposan. Selain itu Shopee juga memberi pendedahan tentang kempen pendaftran Go E-Commerce untuk mendapatkan beberapa manfaat daripada pihak Shopee sendiri. Sesi bengkel memakan masa sekitar 2 Jam dan melibatkan 1000 peserta. Untuk PIK Kg Sg Imam sendiri telah melibatkan 4 usahawan yang turut serta dengan bengkel kali ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: