Taklimat Mojo Bersama MCMC Sabah
10 Ogos 2021 | Aktiviti TerkiniSKMM (MCMC) telah mengadakan satu taklimat khas untuk semua PIK Sabah mengenai satu pertandingan MOJO yang wajib disertai oleh semua wakil PIK. Taklimat ini dikendalikan oleh Encik Firman dan beliau telah menerangkan satu persatu peraturan dan tema yang bakal di pertandingkan oleh setiap wakil PIK. Tema yang diberikan adalah tetap dan PIK yang mengikuti pertandingan ini dikehendaki menyiapkan sebuah video yang berdurasi 2 minit, 3 keping gambar yang berkaitan dengan tema yang telah ditetapkan dan akhir sekali menyiapkan sebuah artikel yang juga bertetapan dengan tema yang telah diberikan oleh pihak MCMC Sabah. Para peserta diberikan masa 2 minggu untuk menyiapkan tugas dan dikendaki untuk menghantar melalui google sheet yang telah disediakan. Pihak MCMC akan melakukan pengadilan dalam beberapa masa sebelum mengumumkan keputusan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: