Wanita, Remaja & ICT: Akses Kepada Masa Depan Yang Cerah

1 Mei 2021 | Aktiviti Terkini

Bual bicara kali ini dibawakan oleh MCMC bersama 3 orang panel wanita jemputan iaitu Puan Viviantie Sarjuni (Pengurus Besar, Pusat Ekonomi Kreatif, dan Inovasi Sabah), Cik Faezah Rizalman (Ketua Pegawai Eksekutif, Rambutan Code Academy dan Penasihat SCEIC) dan Cik Sharifah Nadira Syed Nurshadir (Pelajar Komunikasi Media Baru dan Keusahawanan Kandungan, Jurugambar Video Bebas). Forum ini diikuti oleh semua Pusat Internet Komuniti untuk mendengar perkongsian mengenai liku dan kejayaan para panel dalam mengejar impian menjadi seorang yang sangat berjaya dalam bidang masing-masing. Forum ini memberi semangat kepada wanita khasnya dan lebih-lebih lagi mereka yang datang dari golongan B40 untuk bersungguh berusaha mendapatkan tempat di mana-mana platform pendidikan yang terbaik untuk memastikan impian mereka tercapai. Ketiga-tiga panel adalah mereka yang berjaya dalam bidang IT, oleh itu mereka ingin membuang rasa asing dan takut para wanita untuk menceburi bidang IT yang selama ini hanya di dominasi oleh para lelaki. Sesi ini mengambil masa lebih kurang 2 jam iaitu dari pukul 10.00 pagi sehingga 12.00 tengahari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali