Jaringan Prihatin Bersama Digi

17 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Digi bersama staf Pusat Internet Komuniti Digi telah mengadakan satu sesi berkongsian dan soal jawab melalui Microsoft Team selama 1 jam untuk mendapatkan penerangan lanjut dan jelas mengenai pakej Jaringan Prihatin iaitu subsidi daripada kerajaan kepada pengguna Digi Khasnya. Sesi ini memberi peluang kepada staf PIK Digi untuk mengemukan soalan yang pernah ditanya oleh pelanggan Digi kepada mereka mengenai pakej terbaru ini. Melalui sesi ini juga Staf mendapatkan panduan untuk menjawab soalan yang berkemungkinan ditanya oleh pelanggan dengan baik dan jelas. Sesi soal jawab dikendalikan bersama oleh Encik Malcolm dan Encik Jason.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali