Jom Tuisyen Bersama PIK Kg Sg Imam (Sesi 4)
15 Februari 2021 | Aktiviti TerkiniJom Tuisyen merupakan salah satu platform baru yang merupakan inisiatif pihak Digi melalui Pusat Internet Komuniti Digi untuk diperkenalkan dan di uar-uarkan kepada para pelajar tidak kira dari pelajar sekolah rendah sehingga ke sekolah menengah. Sesi 4 yang berlangsung pada 14 Februari 2021 melalui platform zoom meeting merupakan sesi sambungan dari minggu sebelumnya iaitu sesi keempat untuk sesi pembelajaran dan perkongsian secara atas talian kepada pelajar SPM khasnya bagi subjek pilihan iaitu subjek Sejarah (Tingkatan 5).
Sesi ini berjalan lebih kurang 40 minit yang mana kali ini atas permintaan pelajar yang ingin mengikuti sesi secara persendirian untuk lebih fokus dan lebih berkesan. Terima Kasih di ucapkan atas kesudian dan usaha untuk meluangkan masa selama hampir 1 jam mengikuti sesi perkenalan dan perkongsian secara persendirian bersama Jom Tuisyen kali ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: