Jom Tuisyen Bersama PIK Kg Sg Imam (Sesi 1)

25 Januari 2021 | Aktiviti Terkini

Jom Tuisyen merupakan salah satu platform baru yang merupakan inisiatif pihak Digi melalui Pusat Internet Komuniti Digi untuk diperkenalkan dan di uar-uarkan kepada para pelajar tidak kira dari pelajar sekolah rendah sehingga ke sekolah menengah. Sesi 1 yang berlangsung pada 24 Januari 2021 melalui platform zoom meeting merupakan sesi perkenalan akan platform Jom Tuisyen kepada para pelajar.

Sesi ini menjelaskan akan kandungan yang terdapat dalam Jom Tuisyen yang dipercayai dapat membantu para pelajar untuk mendapatkan sumber rujukan tambahan selain daripada sesi P&P bersama guru masing-masing di sekolah. Sesi ini dihadiri seramai lebih kurang 30 orang termasuk Pengurus dan Penolong Pengurus Pusat Internet Komuniti dari pelbagai daerah. Terima Kasih di ucapkan atas kesudian meluangkan masa selama hampir 1 jam mengikuti sesi perkenalan Jom Tuisyen kali ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali