Jom Tuisyen Bersama PIK Kg Sg Imam (Sesi 2)
1 Februari 2021 | Aktiviti TerkiniJom Tuisyen merupakan salah satu platform baru yang merupakan inisiatif pihak Digi melalui Pusat Internet Komuniti Digi untuk diperkenalkan dan di uar-uarkan kepada para pelajar tidak kira dari pelajar sekolah rendah sehingga ke sekolah menengah. Sesi 2 yang berlangsung pada 31 Januari 2021 melalui platform zoom meeting merupakan sesi pertama untuk sesi pembelajaran dan perkongsian secara atas talian kepada pelajar SPM khasnya bagi dua subjek pilihan iaitu subjek Bahasa Melayu (Karangan Tingkatan 4 dan 5) dan juga subjek Pendidikan Islam (Tingkatan 4). Sesi ini berjalan lebih kurang 40 minit yang dihadiri seramai lebih kurang 10 orang pelajar Tingkatan 4 dan 5. Terima Kasih di ucapkan atas kesudian meluangkan masa selama hampir 1 jam mengikuti sesi perkenalan dan perkongsian bersama Jom Tuisyen kali ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: