Bengkel Kewartawanan Peranti (MOJO)

23 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

SKMM (MCMC) dengan kerjasama pihak Interviews menganjurkan satu bengkel kewartawanan peranti atau lebih dikenali sebagai MOJO pada 22 dan 23 Jun 2021 (Selasa dan Rabu). Bengkel melibatkan Pengurus dan Penolong Pengurus Pusat Internet Komuniti seluruh Sabah dan beberapa wakil SKMM Sabah. Bengkel dikendalikan oleh dua pelatih iaitu Cik Nadia Rosli dari pihak Interviews dan Encik Jebat dari Jebat Legacy. Intipati bengkel ini adalah sesi perkongsian dan perbincangan tentang bagaimana wakil setiap Pusat Internet Komuniti menggunakan telefon pintar masing-masing untuk menghasilkan content yang berkualiti dan mempunyai naratif. Antara perincian bengkel adalah seperti kewartawanan 101, teknik penceritaan dan penulisan berimpak, kewartawanan peranti, landskap media baru, pemikiran reka bentuk untuk kempen MOJO yang berkesan dan strategik komunikasi yang berimpak. Semua pengisian ini banyak melihatkan latihan berkumpulan dan perbincangan sesama wakil Pusat Internet komuniti bagi memastikan semua wakil Pusat Internet Komuniti memahami perkongsian yang diterangkan disamping membantu pemikiran kreatif dan kritis. Sesi ini mengambil masa dua hari dari pukul 10.00 pagi sehingga 4.30 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali