Pocket Talk Cfm Bersama PIK Tawau

11 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

10 Jun lepas, pihak Communication & Multimedia Consumer Forum atau lebih dikenali sebagai CFM telah mengadakan satu sesi Pocket Talk bersama semua wakil Pusat Internet Komuniti (PIK) Tawau yang terdiri dari lebih kurang 17 orang dan beberapa ahli jawatankuasa CFM sendiri. Sesi ini bertujuan untuk memberi lebih pengetahuan dan perkongsian tentang fungsi CFM sendiri dan bagaimana CFM bersama MCMC dan Pusat Internet Komuniti saling berkaitan dalam membantu orang ramai yang menghadapi sebarang masalah yang berlaku di atas talian. Dalam sesi ini juga, CFM menerangkan langkah-langkah atau cara yang dapat PIK bantu untuk sebarkan kepada penggguna melaporkan sebarang masalah jika berlaku pada mereka. Sesi kali ini mengambil masa lebih kurang 1 jam sahaja iaitu bermula dari pukul 10.30 pagi sehingga 11.30 pagi. Sesi dikendalikan oleh Encik Ameir Hamzah Hashim sebagai Biro Komunikasi & Perhubungan Awam CFM.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali