Bengkel Asas Shopee
14 Ogos 2022 | Aktiviti TerkiniPada 13 Ogos yang lepas, satu bengkel asas Shopee telah di adakan melalui aplikasi google meet yang melibatkan para usahawan yang baru dan ingin berjinak-jinak memulakan perniagaan di aplikasi Shopee sebagai peniaga. Sesi bengkel di kendalikan oleh Encik Frandy Lim sebagai pelatih Shopee asas. Sesi menerangkan satu persatu cara untuk para usahawan baru membuka kedai atau shop mereka di aplikasi Shopee bermula dari mendaftarkan nama kedai mereka sehinggalah cara memuatnaik gambar produk mereka berserta cara yang betul untuk meletakkan size dan berat barang untuk memastikan produk mereka dikira dengan betul ketika proses mengiriman oleh pihak shopee. Sesi berlangsung sekitar dua jam iaitu dari pukul 2.30 petang sehingga 4.30 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: