Program Perkongsian Bersama Komuniti & Belia
14 Ogos 2022 | Aktiviti TerkiniPada 13 Ogos lepas, satu program anjuran MCMC berkolaborasi bersama pihak UMS mengadakan satu Program Perkongsian Bersama Belia dan Komuniti yang dijalankan secara atas talian iaitu melalui aplikasi Webex. Program ini bertujuan untuk membantu para belia dan komuniti untuk celik dan sedar akan kepentingan teknologi dalam membantu mereka dalam mencari peluang pekerjaan dari pelbagai sektor dan dalam yang sama memberi kesedaran kepada mereka akan isu klik dengan bijak agar mereka tidak menjadi mangsa penipuan ataupun scam pekerjaan yang biasanya berlaku melalui atas talian. Program ini berlangsung selama 3 jam dari pukul 9.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari. Peserta yang terlibat dengan program ini terdiri daripada semua PEDi negeri Sabah bersama dengan 10 orang wakil belia dan komuniti tempatan dari PEDi masing-masing. Sesi terakhir di tutup dengan kuiz cybergenius yang di kelolah oleh pihak MCMC.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: