Pinjaman Perniagaan Bersama Amanah Ikhtihar Malaysia (AIM)

16 Februari 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Februari 2022, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) cawangan Tawau telah mengadakan perjumpaan dengan para suri rumah dan peniaga-peniaga kecil sekitar Kampung Sungai Imam untuk memberi penerangan dan panduan akan cara untuk mereka mendapatkan bantuan kewangan untuk perniagaan mereka. Sesi berlangsung sekitar dua jam bermula pada pukul 10.00 pagi sehingga 12.00 tengahari. Perjumpaan dihadiri sekitar 7 hingga 10 orang suri rumah dan peniaga kecil yang memerlukan bantuan kewangan dan ingin mendengar penerangan lanjut daripada pihak pegawai AIM cawangan Tawau.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali