Bengkel Celik Microsoft Office
20 Februari 2022 | Aktiviti TerkiniPada 19 Februari 2022, PEDi Kg Sg Imam mula menjalankan kelas celik Microsoft Office yang terbuka kepada belia sekitar Kampung Sungai Imam untuk memperbaiki kemahiran Microsoft Office mereka dengan bantuan staf PEDi. Sesi 1 dijalankan sekitar dua jam bermula 10.00 pagi sehingga 12.00 tengahari sahaja yang memberi tumpuan kepada Microsoft Word. Belia yang hadir diberi tips untuk membolehkan mereka menaip dengan lebih pantas dan didedahkan dengan pelbagai shortcut ketika menggunakan Microsoft Word.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: