Etsy Class For Beginners
5 Mac 2022 | Aktiviti TerkiniPada 4 Mac 2022, Rasia Borneo telah menganjurkan satu kelas permulaan untuk Etsy. Etsy yang dikenali sebagai satu platform baru untuk para penggiat kreatif memasarkan hasil kreativiti digital mereka di platform berkenaan ke seluruh dunia. Oleh itu, pihak PEDi mengambil peluang menguar-uarkan kelas berkenaan kepada para belia dan mereka yang berminat untuk mengikuti kelas Etsy for Beginners ini secara atas talian. Kelas dianjurkan selama hampir dua jam dengan perincian tentang bagaimana untuk membina akaun Etsy itu sendiri dan cara untuk memastikan listing digital yang kita muatnaik ke akaun kita mendapat perhatian para pembeli. Kelas ini juga membantu para belia untuk mendapatkan pendapatan sambilan dan menjadi permulaan untuk sesiapa sahaja memulakan perniagaan digital mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: