Kelas Lukisan 3D (3D Sketch Up)

12 Jun 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 11 Jun lepas, PEDi Kg Sg Imam seperti biasa mengadakan kelas mingguan lukisan 3D (3D Sketch Up) bersama beberapa pelajar sekolah rendah. Mereka didedahkan dengan perkara asas tentang lukisan 3D seperti fungsi setiap simbol yang terdapat dalam aplikasi 3D Sketch Up untuk memudahkan mereka menggunakannya apabila memulakan lukisan 3D. Selesai menerangkan fungsi setiap simbol, mereka di beri kebebasan untuk menghasilkan bentuk 3D yang mereka inginkan mengikut kreativiti masing-masing. Mereka juga diberi kebebasan untuk mencari llham dan inspirasi melalui carian di Google sebelum memulai lukisan di aplikasi Sketch Up. Sesi ini melibatkan 4 orang pelajar dan memakan masa lebih kurang 2 jam sahaja.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali