Kelas Microbit Future Skills For All

13 Jun 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 12 Jun lepas, PEDi Kg Sg Imam telah mengadakan kelas mingguan Microbit (Future Skills For All) bersama beberapa pelajar sekolah rendah. Mereka didedahkan dengan pengaturcaraan asas menggunakan kit Microbit yang PEDi sediakan. Kit yang disediakan dapat diatucarakan dengan mengikuti panduan website yang disediakan oleh pihak FSFA. Pelajar yang hadir diberi pendedahan dengan website FSFA dan mulai mengikuti arahan melalui video yang disediakan untuk menghasilkan setiap satu fungsi pengaturcaraan melalui kit Microbit. Pelajar dikehendaki sekurang-kurangnya menyiapkan 2 pelajaran dalam masa 2 jam yang diberikan. Mereka yang berjaya menyiapkan 2 pelajaran akan mendapat hadiah daripada pihak PEDi. Sesi berakhir sekitar pukul 4 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali