Webinar Skim Pembiayaan Micro i-BSN (Semarak Niaga @ PEDi
18 Jun 2022 | Aktiviti TerkiniPada 17 Jun lepas, PEDi Kg Sg Imam bersama usahawan lokal telah mengikuti sesi webinar bersama pihak BSN pusat yang dikendalikan oleh Encik Irham Shah Bin Azhar, Bahagian Micro Bisnes, Jabatan Perbankan Runcit BSN untuk mendengarkan taklimat tentang produk terbaru BSN iaitu Skim Pembiayaan Micro i-BSN yang mengalu-alukan mana-mana usahawan yang layak untuk memohon pinjaman perniagaan melalui BSN sehingga RM20,000. PEDi memainkan peranan untuk menguar-uarkan skim ini sekaligus menjadi perantara antara usahawan dan pihak BSN. Skim ini juga bertujuan membantu para usahawan untuk memulakan perniagaan mereka dan pihak BSN memberi mereka peluang selama 6 bulan pertama untuk bebas daripada membayar pinjaman jika pinjaman mereka diluluskan. Usahawan yang berminat boleh mendapatkan bantuan dan panduan melalui PEDi masing-masing untuk memohon dan mendapatkan surat melalui PEDi yang menyatakan mereka adalah usahawan PEDi tersebut.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: