Bengkel Kecantikan Bersama Marykay
24 Januari 2022 | Aktiviti TerkiniPada 23 Januari 2022, Marykay bersama PEDi Kg Sg Imam telah menganjurkan bengkel kecantikan Marykay yang bertempat di Bilik Latihan PEDi Kg Sg Imam. Bengkel bermula sekitar pukul 10.30 am sehingga 1.30 petang. Bengkel dihadiri oleh 8 orang yang terdiri daripada kalangan suri rumah. Sepanjang bengkel, para peserta di jelaskan dan diperkenalkan dengan produk dan cara-cara terbaik untuk menjaga kecantikan. Melalui bengkel ini juga, Marykay membuka peluang kepada para suri rumah yang hadir dan berminat untuk menambah pendapatan sampingan dengan menjual produk Marykay.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: