PeDAS Digital Entrepreneur Online Training 'Book Keeping' bersama MDEC

21 September 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 20 September yang lepas, satu taklimat bersama MDEC iaitu PeDAS Digital Entrepreneur Online Training ‘Book Keeping’telah diadakan. Sesi terbahagi kepada dua sesi yang mana sesi pertama dikendalikan oleh Encik Iskandar Adon yang merupakan salah satu pensyarah Universiti Utara Malaysia yang membawa tajuk tentang kewangan iaitu cara mengaplikasikan ‘Book Keeping’ dalam pengurusan kewangan perniagaan setiap usahawan agar usahawan dapat mengetahui status kewangan mereka dengan jelas dan dapat membantu dalam membuat keputusan pada masa hadapan dengan betul berlandaskan kepada rekod kewangan mereka. Sesi kedua pula dikendalikan oleh Encik Mohammad Ashraf iaitu wakil MDEC sendiri yang mana memberi tunjuk ajar dan demonstrasi tentang portal Go-eCommerce yang dapat digunakan oleh para usahawan untuk merekod status kewangan mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali