Program Pembangunan Usahawan bersama PEDi

25 September 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 24 September yang lepas, satu sesi perkongsian pembangunan usahawan bersama usahawan tempatan telah dianjurkan oleh PEDi Digi Sabah dengan mengundang panel dari PEDi PPR Rugarding iaitu Encik Azlee Okee yang juga merupakan Pengerusi Pembangunan Usahwan Digital dan Industri Kecil dan Sederhana Daerah Tuaran & Koperasi Persatuan Usahawan Digital IKS Sabah Berhad. Sesi dimulakan dengan perkongsian tentang bagaiman Encik Azlee yang juga Pengurus PEDi membantu usahawan tempatan di sekitar PEDi untuk mengembangkan perniagaan mereka dari pelbagai platform termasuklah Shopee sendiri. Sesi juga diteruskan dengan sesi soal jawab daripada usahawan yang diajukan kepada Encik Azlee Okee tentang isu yang mereka hadapi dalam mengendalikan perniagaan mereka dan cara untuk mereka mendapatkan bantuan perniagaan daripada pelbagai agensi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali