Program Advokasi KDB SMK Merotai Besar Tawau
17 November 2022 | Aktiviti TerkiniPada 16 November lepas, PEDi Kg Sg Imam bersama PEDi Tawau telah mengadakan satu Program Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) bersama pelajar tingkatan 4 dan 5. Sesi bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 12.30 tengahari. Sesi di isi dengan pengisian topik Klik Dengan Bijak antaranya perkongsian tentang buli siber, terlebih berkongsi, hak dan tanggungjawab pengguna internet dan juga sexting.
Sepanjang sesi perkongsian, sesi soal jawab juga diadakan dan setiap penyertaan dalam memberi jawapan akan di berikan goodies daripada pihak MCMC Tawau. Kehadiran program KDB kali ini dihadiri seramai 204 orang pelajar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: