Webinar E-Dagang bersama Komuniti

23 Oktober 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 22 oktober lepas, PEDi Pasir Putih bersama PEDi Sabah telah mengikuti satu sesi webinar E-Dagang bersama Komuniti mengenai cara untuk menggunakan e-dagang Shopee sebagai platform utama perniagaan. Sesi kali ini telah di kelolah oleh En Azlee iaitu pengasas PERDIKS atau Persatuan Usahawan Digital Industri Kecil dan Sederhana Daerah Tuaran. Sesi di isi dengan perkongsian tentang cara untuk usahawan baru membina akaun perniagaan di platform Shopee. Namun sesi kali ini lebih banyak perkongsian kerana Encik Azlee menerangkan dengan terperinci tentang cara memuatnaik produk, cara menulis butiran produk sehingga cara untuk memilih kurier yang sesuai dan tidak memberi kos yang banyak kepada penjual. l="gTambahan pula, sesi juga memberi penerangan tentang butiran pembayaran wajib yang akan dikenakan kepada peniaga oleh Shopee disamping itu juga perkongsian tentang program free shipping yang boleh di peroleh oleh peniaga jika peniaga memenuhi kriteria yang telah Shopee kenakan. Sebelum sesi berakhir, sesi soal jawab tentang perniagaan dan bantuan perniagaan yang boleh di pohon oleh peniaga juga diketengahkan.

align="justify">Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali