Program Pendaftaran Ahli Baru Bersama Lembaga Pertubuhan Peladang
23 May 2022 | Aktiviti TerkiniPada 22 May 2022, Lembaga Pertubuhan Peladang Kg Sg Imam telah mengadakan satu perjumpaan untuk membuka peluang kepada penduduk sekitar untuk mendaftar menjadi ahli Peladang dan mendapatkan manfaat daripada Pertubuhan Peladang. PEDi berkerjasama dengan Pertubuhan Peladang Kg Sg Imam untuk menguar-uarkan program dan perjumpaan tersebut kepada sesiapa yang ingin mendengar akan manfaat menjadi ahli peladang yang mana ahli yang berminat akan diberikan bantuan dan ilmu pertanian untuk memulakan perniagaan berasakan pertanian. Sepanjang sesi telah menghadirkan lebih kurang 53 orang penduduk kampung yang terdiri daripada ahli Peladang yang sedia ada dan bakal ahli baru.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: