Webinar Penerimagunaan Digital MDEC Bersama PEDi

26 April 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 25 April 2022, PEDi menyertai satu program Webinar Penerimagunaan Digital MDEC Bersama PEDi yang membawa objektif untuk menyalurkan maklumat mengenai teknologi digital, alatan dan program-program kemahiran bagi membantu komuniti sekitar PEDi khasnya dalam menyesuaikan diri dengan teknologi digital seterusnya dapat meningkatkan mata pencarian, menjana pendapatan tambahan dan mengembangkan lagi perniagaan. Program ini adalah atas inisiatif dan kolaborasi bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam usaha memperluaskan lagi capaian program-program digital MDEC kepada komuniti dan memanfaatkan PEDi yang sedia ada. Sepanjang sesi webinar, Pengurus dan Penolong Pengurus di beri penerangan lanjut akan program yang telah dijalankan dan akan dijalankan oleh MDEC sepanjang tahun ini. Antara program yang di rangka oleh MDEC adalah Program eUsahawan dan PEDAS, Program Sharing Economy, Program eRezeki dan GLOW dan juga Penerangan tentang Portal GO eCommerce.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali