Webinar Bersama SSM

24 Mac 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 23 Mac 2022, PEDi menyertai satu program keusahawanan atas talian anjuran Janapreneur, Kementerian Sumber Manusia, HRDcorp, Tabung Pembangunan Kemahiran serta kerjasama daripada SSM sendiri. Program dianjurkan untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kepada bakal peniaga dan usahawan tentang cara dan kepentingan mendaftarkan perniagaan mereka dengan SSM. Disamping itu juga, pihak SSM menjawab akan kerisauan alasan peniaga memilih untuk tidak mendaftarkan perniagaan mereka dengan SSM. Dalam sesi webinar ini juga pihak SSM memberikan pengenalan tentang Kod QR SSM BIZTRUST yang diwujudkan untuk memudahkan pengguna mengenalpasti kesahihan dan kewujudan entiti perniagaan disamping membantu mengembangkan jenama perniagaan mereka sebagai entiti perniagaan yang sah di sisi undang-undang. Sesi webinar mengambil masa lebih kurang dua jam bermula dari pukul 10.00 pagi sehingga 12.00 tengahari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali