Perkongsian Dana Keusahawanan Bersama Peladang
20 Februari 2023 | Aktiviti TerkiniPada 19 Februari lepas, telah berlangsung satu perjumpaan PELADANG dan ahli PELADANG Kg Sungai Imam di Dewan Serbaguna Kg Sungai Imam. Sesi diadakan bertujuan untuk memberi penerangan dan perkongsian dengan lebih lanjut tentang dana keusahawanan yang telah di sediakan oleh pihak PELADANG kepada para usahawan yang layak dan memenuhi kriteria yang telah ditetapkan. Satu perkongsian daripada seorang usahawan lokal telah dilakukan iaitu Puan Ramlah yang telah berjaga mendapatkan geran daripada pihak PELADANG.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: