Bengkel Pembuatan Resin Bersama Komuniti & Kolej Vokasional Tawau
18 Mac 2023 | Aktiviti TerkiniPada 17 Mac yang lepas, telah berlangsung satu program kolaborasi antara PEDi Kg Sg Imam dan Kolej Vokasional Tawau untuk bengkel pembuatan resin yang sepenuhnya dikendalikan oleh pelajar program seni reka fesyen Kolej Vokasinal Tawau. Program bermula pada 8.30 pagi yang dihadiri oleh lebih kurang 15 pelajar vokasional, 5 orang guru pengiring dan 30 orang wakil Kelab Rukun Tetangga Kg Sg Imam.
Sesi dimulakan dengan penerangan melalui slaid oleh pelajar tentang resin dan cara pembuatannya secara teori. Selesai penerangan, sesi diteruskan dengan acara pembuatan resin secara amali. Peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan di bantu serta diberi tunjuk ajar oleh pelajar vokasional. Peserta yang hadir mandapat peluang membuat resin sendiri mengikut kreativiti masing-masing. Sesi diakhiri dengan jamuan dan sesi bergambar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: