Kisah Kejayaan
Nurul Amira Binti Jufri

- Nama : Nurul Amira Binti Jufri
- Email : Nurulamira@gmail.com
- Umur : 14 Tahun
- Alamat : Kg Sg Imam, Peti Surat 554, 91008, Tawau, Sabah
- Tahun menjadi Ahli PI : 2017


Nurul Amira merupakan seorang pelajar yang asalnya tinggal di sebuah kampung pedalaman, Oleh yang demikian Nurul Amira kurang mengetahui cara penggunaan komputer. Beliau merupakan ahli PI yang kerap mengujungi dan menggunakan perkhidmatan yang telah disediakan. Sebelum wujudnya PI, Amira kurang mahir dengan penggunaan internet dan asas-asas komputer.
Dengan penglibatan yang diikuti dalam kelas-kelas latihan ICT dan lain-lain aktiviti, sedikit sebanyak membantu meningkatkan tahap pengetahuan adik Amira agar beliau dapat mengaplikasikan pengetahuan tersebut di sekolah. Tambahan pula, adik Amira telah berjaya mewujudkan akaun facebook dan email miliknya selepas mengikuti kelas latihan membuat Facebook dan Email.
Aznidar binti Darwis


- Nama : Aznidar binti Darwis
- Email : Aznidar@yahoo.com
- Umur : 11 Tahun
- Alamat : Kg Sg Imam, Peti Surat 554, 91008, Tawau, Sabah
- Tahun menjadi Ahli PI1M : 2017
Aznidar merupakan seorang pelajar tahun 5 dan bersekolah di Sk Kg Sg Imam. Aznidar juga merupakan penduduk di Kampung Sungai Imam. Dia kerap mengunjungi PI1M untuk mencari bahan untuk rujukan di sekolah, mengulangkaji pelajaran dan mengikuti kelas latihan ICT yang dijalankan di Pusat Internet setiap hujung minggu. Dia telah berdaftar menjadi ahli PI1M pada 11/09/2017. Sebelum wujudnya PI1M, adik Aznidar hanya berpandukan buku latihan dan buku teks untuk membuat kerja sekolah dan membuat rujukan. Justeru itu, bahan yang perlu dicari adalah sangat terhad. Selain itu, sebelum wujud Pusat Internet, adik Aznidar kurang mahir dengan penggunaan internet dan asas-asas komputer
Namun setelah sering berkunjung ke PI1M sedikit sebanyak membantu adik Aznidar membuat kerja sekolah dan mencari maklumat-maklumat yang diperlukan. Tambahan pula, adik Aznidar kerap mengikuti kelas latihan ICT yang diadakan dan daripada itu ia mampu mempertingkatkan lagi pengetahuan beliau dalam kemahiran menggunakan komputer. khususnya untuk menaip dan penggunaan mana-mana Microsoft Office.
Nur Hidayah Izzati Binti Helmie

- Nama : Nur Hidayah Izzati Binti Helmie
- Email : Hidayah@gmail.com
- Umur : 11 Tahun
- Alamat : Kg Sg Imam, Peti Surat 554, 91008, Tawau, Sabah
- Tahun menjadi Ahli PI1M : 2017


Adik Nur Hidayah Izzati merupakan seorang pelajar tahun 5 yang bersekolah di Sk Kg Sg Imam. Hidayah merupakan penduduk tetap di Kg Sg Imam dan beliau merupakan anak bongsu daripada dua orang adik-beradik. Hidayah kerap mengunjungi Pusat Internet untuk mencari bahan pelajaran dan menyiapkan kerja sekolah. Dia telah menjadi ahli Pusat Internet sejak 11/09/2017. Sebelum melibatkan diri dengan kemudahan yang disediakan di Pusat Internet, ilmu dan kemahiran adik hidayah agak kurang tentang penggunaan komputer dan jalur lebar. Malahan adik Hidayah hanya berpandukan buku teks untuk menyiapkan latihan dan kerja sekolah. Oleh yang demikian penguasaan tentang pembelajaran adalah sangat terhad dan minimum. Tambahan pula, pada zaman era kini, penggunaan internet dan jalur lebar amatlah meluas dan penting untuk menambahkan ilmu pengetahuan terutamanya kepada pelajar.
Namun, setelah sering melibatkan diri dengan aktiviti dan latihan yang diadakan di Pusat Internet, ia telah banyak membantu meningkatkan ilmu pengetahuan adik Hidayah tentang kemahiran penggunaan komputer dalam usaha beliau mencari maklumat menggunakan jalur lebar. Justeru itu, ia sangat membantu dan memudahkan lagi para pelajar dan masyarakat umum untuk mencari maklumat mahupun menyiapkan latihan dan kerja sekolah terutama sekali adik Hidayah.
Habibah Binti Umar

- Nama : Habibah Binti Umar
- Email : Habibah@gmail.com
- Umur : 10 Tahun
- Alamat : Kg Sg Imam, Peti Surat 554,91008,Tawau Sabah
- Tahun Menjadi Ahli PI : 18 January 2018


Habibah ialah seorang pelajar Tahun 3 yang bersekolah di Sk Sg Imam. Dia merupakan anak ke 2 daripada 4 orang adik-beradik. Adik Habibah telah berdaftar sebagai ahli Pusat Internet pada 18/01/2018. Menurut Habibah banyak manfaat yang diperoleh setelah menjadi ahli PI. Habibah sering berkunjung ke Pusat Internet selepas pulang dari sekolah, hal ini kerana dia akan menyiapkan latihan-latihan yang diberikan oleh Guru dengan menggunakan internet dan computer. Menurut adik Habibah dengan berpandukan internet ilmu yang diperoleh adalah sangat meluas dan tidak tertumpu kepada beberapa perkara sahaja. Oleh yang demikian, dia lebih gemar merujuk internet untuk mencari bahan pelajaran
Nur Zaitul Ain

- Nama : Nur Zaitul Ain
- Email : zaitulain@gmail.com
- Umur : 11 Tahun
- Alamat : Kg Sg Imam, Peti Surat 554,91008,Tawau Sabah
- Tahun Menjadi Ahli PI : 13 September 2018


Adik Nur Zaitul merupakan seorang pelajar yang tinggal di Kg Sg Imam dan bersekolah di Sk Sungai Imam dalam darjah 5. Dia merupakan anak pertama daripada tiga orang adik-beradik. Adik Zaitul ialah seorang murid yang rajin menimba ilmu dan tidak mudah berputus asa malah kerap mengunjungi Pusat Internet untuk menambah ilmu pengetahuan dan menyiapkan kerja sekolah. Oleh kerana adik Zaitul kerap menggunakan Pusat internet sebagai tempat mencari sumber rujukan, adik Zaitul mengambil langkah untuk menjadi ahli Pusat Internet pada 13/09/2017 iaitu setahun lalu bagi memudahkan beliau untuk mengakses internet dengan kadar bayaran yang murah dan berfaedah.
Tidak ketinggalan juga, Adik Zaitul sering melibatkan diri mengikuti kelas dan aktiviti yang diadakan di PI. Menurutnya, adalah rugi jika seseorang melepaskan peluang untuk mengikuti kelas-kelas ICT yang dianjurkan di PI, kerana kelas-kelas ini adalah percuma kepada semua individu. Banyak manfaat yang dia dan penduduk Kampung dapat setelah tertubuhnya PI di sini.