Keusahawanan
Ernawaty Binti Sainuddin



- Nama : Ernawaty Binti Sainuddin
- Umur : 25 Tahun
- Email : neychichi@gmail.com
- Alamat : Kampung Bombalai Laut, Sungai Imam, Peti Surat 554, 91008 Tawau, Sabah
- Tahun menjadi Ahli PI : 2017
Puan Ernawaty yang berumur 25 tahun ini memulakan perniagaan Crab Cake dan Ketam sumbat ini pada 3 Mei 2017 di mana telah mendaftarkan perniagaannya dengan Majlis Perbandaran Tawau (MPT) dan mula berniaga secara kecil-kecilan dari rumah tanpa ada premis fizikal. Perniagaan yang baru bermula sejak 7 bulan yang lalu ini mendapat ilham daripada minat sendiri dengan makanan laut terutamanya ketam dan menyedari akan kesulitan mengeluarkan isi ketam ketika menjamunya. Permasalahan itu telah menjadi peluang kepada Puan Ernawaty untuk memulakan perniagaan Crab Cake dan ketam sumbat untuk memudahkan penggemar ketam menjamu isi ketam dengan mudah tanpa perlu bersusah payah mengeluarkannya.
Sebelum Puan Ernawaty melibatkan diri dengan PI, beliau tidak begitu terdedah dengan bisnes atas talian dan hanya memulakan perniagaan dari mulut ke mulut iaitu dengan kawan dan keluarga terdekat dan hanya memasarkan produk Crab Cake dan ketam sumbat di kawasan yang berdekatan. Namun setelah melibatkan diri dengan PI, Puan Ernawaty mula melihat peluang yang lebih besar untuk memasarkan produk Crab Cake dan ketam sumbat dengan lebih meluas dengan pengetahuan tentang perniagaan atas talian yang boleh dimanfaatkan oleh beliau. Antara social media yang menjadi pilihan beliau untuk memasarkan produk Crab Cake dan ketam sumbat adalah Facebook.
Asnia Binti Alias

- Nama : Asnia Binti Alias
- Umur : 25 Tahun
- Email : nieyanj@gmail.com
- Alamat : Kampung Bombalai Laut, Sungai Imam, Peti Surat 554, 91008 Tawau, Sabah
- Tahun menjadi Ahli PI1M : 2017


Cik Asnia yang berumur 25 tahun ini memulakan perniagaan dropship barangan wanita bermula pada tahun 2016 iaitu selepas beliau baru sahaja menghabiskan latihan industri. Namun pada waktu itu perniagaan dropship yang beliau jalankan hanya melalui mulut ke mulut tanpa menggunkan sebarang platform sosial media atas alasan tidak berani dan masih belum yakin untuk memulakan perniagaan dengan rangkaian pelanggan yang ramai. Selepas sahaja beliau habis belajar dan masih belum mendapat pekerjaan tetap, beliau berkerja keras meneruskan perniagaan ini untuk memenuhi keperluan diri beliau. Namun selepas beliau mendapat kerja tetap sekitar pertengahan tahun 2017, beliau menjadikan perniagaan ini sebagai sumber kedua. Beliau memulakan perniagaan juga adalah kerana minat yang mendalam selain ingin mengisi kelapangan masa sebelum beliau mendapat kerja tetap pada ketika itu.
Sebelum Cik Asnia melibatkan diri dengan PI1M, beliau memulakan bisnes atas talian namun secara sangat mikro kerana tidak berani untuk menguar-uarkan kepada rangkaian bakal pelanggan yang lebih luas. Dalam masa yang sama, beliau turut hanya memulakan perniagaan dari mulut ke mulut iaitu dengan kawan dan keluarga terdekat sahaja. Namun setelah melibatkan diri dengan PI1M, cik Asnia mula berani melihat peluang yang lebih besar untuk meluaskankan jaringan produk dropship yang beliau usahakan agar mereka yang berminat untuk membeli sebarang produk daripada beliau dapat menghubungi beliau dengan kadar segera melalui pelbagai flatform sosial media.
Jumiati binti Abdullah

- Nama : Jumiati binti Abdullah
- Umur : 26 Tahun
- Email : Jumiatiabdullah92@gmail.com
- Alamat : Tanah Merah, Kampung Bombalai Laut, Sungai Imam, Peti Surat 554, 91008 Tawau, Sabah
- Tahun menjadi Ahli PI1M : 2018


Cik Jumiati yang berumur 26 tahun ini memulakan perniagaan membuat kuih raya sejak dari tahun 2017 iaitu setahun yang lepas. Berjinak-jinaknya beliau dalam perniagaan kecil-kecilan ini di dorong oleh permintaan yang tinggi daripada rakan-rakan dan keluarga terdekat selepas merasa kuih raya hasil buatan daripada beliau. Di samping itu, kelapangan beliau yang baru sahaja habis menamatkan pelajaran daripada universiti tempatan membuatkan beliau memanfaatkan masa yang ada untuk memulakan perniagaan secara kecil-kecilan ini. Perniagaan kuih raya yang beliau usahakan ini hanya di pasarkan melalui sebaran mulut ke mulut sahaja kerana beliau masih tidak berani memasarkannya melalui sosial media. Hal ini kerana beliau tidak yakin akan sambutan yang akan beliau terima.
Sebelum cik Jumiati melibatkan diri dengan PI, beliau memasarkan produk beliau iaitu kuih semperit susu melalui atas talian namun hanya secara berkala kecil sahaja kerana tidak berani untuk menguar-uarkan kepada pelanggan yang lebih ramai. Dalam masa yang sama, beliau hanya memulakan perniagaan dari mulut ke mulut iaitu dengan kawan dan keluarga terdekat sahaja. Namun setelah melibatkan diri dengan PI, cik Jumiati mula berani melihat peluang yang lebih besar untuk meluaskankan jaringan produk iaitu kuih semperit susu yang beliau usahakan agar mereka yang berminat untuk membeli kuih raya yang beliau usahakan dapat menghubungi beliau dengan kadar segera melalui pelbagai flatform sosial media.
Nursia Binti Yusuf

- Nama : Nursia Binti Yusuf
- Umur : 32 Tahun
- Email : nursia@gmail.com
- Alamat : Kampung Bombalai Laut, Sungai Imam, Peti Surat 554, 91008 Tawau, Sabah
- Tahun menjadi Ahli PI1M : 2017


Puan Norsia Yusuf yang berumur 32 tahun ini memulakan perniagaan makanan secara (cod) atau bayaran secara penghantaran bermula beberapa bulan kebelakangan ini dengan menawarkan jualan makanan berbentuk lauk pauk kampung untuk makan tengahari dan juga kuih-muih. Beliau memulakan perniagaan secara sambilan pada waktu pagi sebelum memulakan tugas hakiki beliau di tempat kerja tetap beliau. Perniagaan makanan ini dimulakan kerana minat memasak dan mengambil peluang masa lapang di waktu pagi sebelum beliau memulakan pekerjaan pada sebelah tengahari.
Sebelum Puan Nursia mula melibatkan diri dengan PI, beliau berkira-kira untuk memulakan perniagaan makanan (cod) kerana kurang yakin akan sambutan yang bakal diterima dan beliau hanya menjual makanan yang beliau masak sendiri hanya kepada saudara-mara dan kawan-kawan rapat sahaja. Disebabkan kurang pemasaran, pendapatan yang beliau perolehi tidak sebanyak yang beliau jana selepas memasarkan perniagaan atas talian. Namun setelah melibatkan diri dengan PI dan berjinak-jinak dengan ICT, Puan Nursia mula melihat kesan dari segi jumlah pelanggan yang dia perolehi, tempahan yang beliau dapat di hari-hari ketika beliau membuat tempahan dan pendapatan yang dia jana semakin meningkat daripada sebelum ini. Hal ini kerana, beliau mula mempunyai keberanian untuk memasarkan barangannya melalui Facebook dan aplikasi Whatsapp.
Nur Ain Ramlee

- Nama : Nur Ain Ramlee
- Umur : 30 Tahun
- Email : ainramlee@gmail.com
- Alamat : Kampung Bombalai Laut, Sungai Imam, Peti Surat 554, 91008 Tawau, Sabah
- Tahun menjadi Ahli PI1M : 2018


Puan Ain yang berumur 30 tahun merupakan penduduk yang telah lama bermastatutin di Kampung Sungai imam. Beliau mengusahakan perniagaan secara kecil-kecilan sebagai hobi pada mulanya namun setelah ramai yang menyukai hidangan yang beliau sediakan, beliau mula terbuka hati untuk menjadikan hobi membuat manisan ke satu perniagaan. Tambahan pula, beliau yang hanya seorang suri rumah menjaga anak dan keluarga mempunyai masa terluang yang banyak membolehkan beliau mempunyai waktu untuk di habiskan dengan membuat tempahan-tempahan yang diterimanya. Puan Ainn telah menjadi ahli PI pada awal 2018 setelah sering berkunjung ke PI untuk mendapatkan bahan-bahan pelajaran untuk anak perempuannya.
Puan Ainn memulakan perniagaan kecil-kecilan ini sejak dari 2017 lagi. Pada waktu ini perniagaan yang beliau lakukan tiada langsung melibatkan apa-apa pautan digital. Hanya melalui mulut ke mulut sahaja dan pelanggan yang beliau perolehi hanya kalangan keluarga dan rakan rapat sahaja. Namun demikian, semenjak beliau menjadi ahli PI, staf PI mula mendekati beliau dan menguar-uar kan akan bantuan yang dapat PI lakukan ke atas perniagaan manisan yang beliau lakukan untuk mendapatkan pelanggan yang lebih ramai dan pemasaran yang lebih menarik. Oleh itu, Puan Ain mula berjinak-jinak dengan dunia ict dan mula mengikuti kelas keusahawanan yang dijalankan di PI. Melalui kelas-kelas yang dijalankan, Puan Ain diajar dengan lebih terperinci tentang perniagaan secara digital. Di samping itu beliau belajar untuk membuat label produk beliau agar produk manisan yang di hasilkan lebih dipercayai dan mudah mendapat hebahan.